COPYRIGHT RESERVED
ALL OF THE PHOTOGRAPH HEREIN, UNLESS OTHERWISE NOTED, ARE COPYRIGHTED BY THE BLOG OWNER. NO PART OF THIS SITE, OR ANY OF THE CONTENT & PHOTO CONTAINED HEREIN, MAY BE USED OR REPRODUCED IN ANY MANNER WHATSOEVER WITHOUT EXPRESS PERMISSION OF THE COPYRIGHT HOLDER(S).

Followers

Tuesday, September 15, 2009

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kepada semua pengunjung blog ZZC
dan pelanggan yang kami hargai.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Maaf Zahir & Batin

Daripada
Team Zaifie Zainal Creation

Saturday, September 12, 2009

Bila mak andam pulak melaram!

Pelamin Yaya & Tazrin di Dewan Perdana Felda
Lihat pelamin pernikahan mereka pula

Sambung cerita kat bawah.... (cam nak buat karangan Bahasa Melayu la pulak...)
Lepas dah siap pelamin, dah cun, malatoppp, kababoommmm, mabelesss (he he... puji pelamin sendri nampak :)), saya pon balik dan terus bersiap-siap melaram habis nak pergi ke majlis persandingan Yaya pada malamnya. Terima kasih kepada Kak Aida (mama Yaya) atas undangan. Saya ajak Kula pergi sekali. 
Apalaga Kula pun balik dari opis terus melaram jugak... tak hinggat!!

Majlis berjalan dengan lancar & sangat indah sekali.

Saksikan gambar kami, bila mak andam pulak melaram...

Tetamu Kehormat majlis Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Raja Azlan Shah










Kepada kedua mempelai, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke akhir hayat. 
Kepada Kak Aida & family TQVM for ur support & trust...


Balik jer Lisa dah tunggu depan pintu...

Friday, September 11, 2009

Sehari di Dewan Perdana Felda

Klik here for more pelamin

Pelamin Impian Yaya & Tazrin

Team ZZC yang berhempas pulas menyiapkan pelamin. Tiada dlm pix - Din
Lisa... strike a pose

Izmir & Ayip mengubah bunga telur. He he... semua dah kena train... 
Glass yang digunkan untuk walkway
Pelamin hampir siap. Tunggu diletakkan gubahan bunga segar.
Upacara pembentangan karpet rose petals

Yaya & Tazrin memilih tarikh 12/08/09 untuk majlis persandingan mereka. Lokasinya di Dewan Perdana Felda. Jam 11.30mlm 11/08/09 kami dah sampai di Dewan untuk memasang struktur pelamin. Dewan perdana yang luas itu memerlukan kami memasang pelamin 40kaki lebar.. Siap dengan rose petal carpet lagi. Lagi ader flower ball & grass ball. Chandeliar bersinar-sinar ade 3. Alhamdulillah semuanya siap pada jam 5 pagi. Memang dah tak larat dah... mata pun macam nak kena tongkat ngan mancis. Apalagi balik terus zzzzzzzzzzzz.....

Bangun seawal jam 7pagi untuk menyiapkan gubahan bunga segar. Separuhnya telah disiapkan mama. Thanks ma...banyak juga gubahan yang harus disiapkan. Semuanya selesai jam 1tghari. Terus kami  bergegas ke dewan untuk meletakkan jambangan bunga. Habis semua baragas ZZC saya train cucuk bunga. Diorang ni bukan awww tau... tapi jantan tulen u..... senang nak angkat barang-barang pelamin yang besar & berat tu. 

Si tonit & nunit. Harris & Lisa pun ikut sekali. Diorang la paling membantu sekali... habis satu dewan dironda nyer. Macam mak sedara diaorg pulak yang nak kawin... he he he... Hampir jam 4 semua selesai.



mane pengantin laki nih...
Sebelum pengantin naik baik kitaorang rasmikan dulu... he he



Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT semua berjalan lancar.
Pelamin tersergam indah menanti kedua mempelai duduk bersanding... 


Lisa with mama posing depan pelamin



What a Busy Week!!

Kali ini saya ingin menceritakan seminggu dalam kehidupan wedding planner... Sibuk tau jadi wedding planner ni. Kadang2 makan pun tak sempat... he he... Lega rasanya semua tempahan pelanggan dapat kami sempurnakan. Tarikh 080809 & 090809 seakan dejavu kerana pada tarikh yang sama tahun lepas kesibukan nya hampir sama. Tahun lepas lagi la cantik tarikhnya 080808... Kami menerima 7 tempahan pelamin & 4 tempahan andaman. Pening jugak kepala menyusun atur jadual pemasangan pelamin. Hari isnin lagi sudah bermula fasa kesibukan kami - proses buka pelamin untuk job minggu sebelumnya. Tugas ini saya serahkan kepada team ZZC (Din, Izmir & Ijal). Rabu pasang pelamin di dua tempat - Afdzan (Bangi) & Suraya (Kajang). Khamis pula kami ke Rawang, ke rumah Shidot. Shidot buat pelamin berkembar, naik berdua ngan abang dia. Jumaat pagi pasang di Dewan Taman Ibu Kota (pelamin untuk Farah). Nasib la tempat Farah ni boleh masuk dewan awal... Kalau tak pening jugak kerana rumah Nona di Bandar Tun Razak hanya boleh masuk petang sebab belah paginye sibuk dengan pasar. Jadi saya tukarkan jadual pemasangan mereka. 

Berpuluh kali check list... takut brg tertinggal nk ke Rawang.

Haa... Hari Sabtu paling giler... memang kami kerja tak tau la... macam nak giler, nak patah rasa semua tulang belulang ni...  Tapi kami teruskan dan gagahkan juga. Jadual hari Sabtu memang sangat thrill... Saya, Kula & Nurul (ni 2 orang perantis make-up artist ZZC) pagi pagi lagi dah keluar mekapkan para pengantin. Saya mekapkan Suraya (bertunang) di Kajang, Kula menatarias Nona (Bdr Tun Razak) manakala Nurul ditugaskan mencantikkan Afdzan (Bangi). Team pasang pelamin pula (Ayip, Izmir, Din & Ijal) ke Dewan Seri Delima, Kepong, menyiapkan pelamin & hall deco untuk Zaza yang akan berlangsung majlisnya pada sebelah malam.  Saya pula selesai mekapkan Suraya (anggun & manis dalam persalinan rona merah jambu) terus bergegas ke Kepong menyambung tugas mekapkan Zaza pula. Sempat la bertemu dengan team pasang pelamin sebelum mereka bergegas pula untuk buka pelamin Farah (majlisnya berlangsung 080809 tengahari) di Dewan Taman Ibu Kota, Gombak! Wowww.... pening kan, dan memang meletihkan... 

Tak habis lagi... lepas buka pelamin di Gombak shoot terus ke Shah's Village Hotel, PJ (very cosy & nice place for do ur akad & small reception) untuk set-up pelamin for Yaya (majlisnya berlangsung 090809) Sementara itu... Ader citer lagi... Siti pula masih di Cheras menggubah bunga ros warna merah (sangat cantik) setelah puas menunggu bunga dari pagi hingga ke petang. Sabar je la... minta deliver pagi, petang baru sampai. Bunga ini nak guna untuk Pelamin di Shah's Village. Mama pula sibuk menyiapkan karpet rose (nak guna di Dewan Perdana Felda)  Saya pula selesai menata-rias Zaza & Mujib yang comel terus ke Shah's Village menjenguk apa yang patut. Ayip & Din hampir selesai menyiapkan pelamin apabila saya & Siti (sama-sama pula sampai). Apalagi bunga yang telah siap digubah terus diletakkan di pelamin yang indah itu.

tengah betulkan chandeliar. boleh senget la pulak....

Sementara itu... Izmir & Ijal pula stand by untuk buka pelamin Zaza (Kepong). Akhirnya perjalanan Sabtu dari seawal pagi (7.00 pagi) berakhir jam 1.30 pagi. Memang kami semua letih litak... balik terus... booommmmm zzzzzz.... Besok nya (Ahad 090809)Kula mendandan Nona yang akan bersanding pada tengahari. Jam 11.00, Din, Izmir & Ijal pula ke Rawang, dismantle pelamin Shidot. Malam jam 8.00 kami semua stand by di Shah's Village untuk dismantle pelamin Yaya. Sempat lagi menjamu selera di A&W (kena belanja diorang ni... baru semangat nak buat kerja). 

Dan berakhirlah minggu yang sibuk... boleh buat realiti TV show kan- The Life of Wedding Planner. He he he... Benda yang paling dirindui... bantal & tilam. Memang tak cukup tidur, letih, penat & segala macam tapi berbaloi melihat pelanggan berpuashati dengan hasil kerja kami. Syukur Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada seluruh team ZZC yang bertungkus lumus & sangat berdedikasi & komited menyiapkan pesanan pelanggan (Of coz la ade bonus utk semua)... Kemunculan Ramadhan ini memberi rahmat untuk kita beribadat & merehatkan badan (yeala mana ade orang kawin bulan puasa) Juga untuk menyiapkan persediaan untuk majlis lepas raya nanti. 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan. Tanpa anda siapa lah kami.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat beribadat & Selamat Berpuasa!





Wednesday, September 9, 2009

Jerantut here we come!

ZZC with pengantin
Bagai pinang di belah dua.
Klik here for more make-up

Shoping bundle Jerantut

Breakfast kat pasar Jerantut
Sempat lagi posing... harusssssss
Peace bebeh... peace
back to back - Kula & Din aka Acu
Walaupun ala-ala penat... posing tu wajib babe!
Orang kuat ZZC


Lepas tol berhenti jap... tgk peta. Takut sesat.


Pelamin impian Zalifah & Fadzly
Klik here for more pelamin

Bukti dah sampai Jerantut
Santapan tengahari... memang best! Yum yum...
Terima kasih Pah. Konyang porut suko hati!!
Kita makan dulu!!!
Pengantin & adik pengantin
Para petugas ZZC in action.

Jom mancing- kolam tepi jalan je... best!

Rasa sgt teruja nak g Jerantut ni. Maklumla kami jarang out-station. Banyak job di KL shj. Kalau tak kerana kak Pah (Zalifah) tak merasa la menjejakkan kaki ke sini. 12/6/09 kami bertolak seawal jam 6.30pagi. Tinggal la Harris & Lisa bersama atuk mereka. Ayip pon tak ikut kerana nak uruskan pemindahan kedai. Memang sangat pening kepala... yea la nk pindah lagi, kena g Jerantut lagi & tempahan pelamin di KL juga harus dibereskan. Target sampai lokasi kejadian pukul 10pagi. Alhamdulillah selamat tiba. Gedebak gedebuk bla bla blu ble... pelamin pon siap before 1. Pastu Pah ajak lunch... best best... lauk kampung. Orng kampung pah semua gotong royong masak... Goreng pon sodap ikan keli!!!

Lepas soru we all check in kat rumah teres merangkap hotel. Lepak lepak rehatkan badan, mandi pastu get ready utk mekapkan Pah for nikah. Saya g ngan kula. Budak yang lagi 3 org tu apa laga... zzzzzzzzz..... Settle mekap Pah around 8pm. Tuan rumah tapau kan lauk pauk for dinner. Apa lagi balik je terus we all menjamu selera... mmg berselera lauk wajib orang Pahang- ikan patin gulai tempoyak! 

13/6/09 - Hari bersejarah buat Pah & Fadzly... hari persandingan. Kitaorang pagi-pagi dah bangun g round pekan Jerantut, beli petai - mahal babe petai kat sini, breakfast, g bundle... round sana round sini. Around 10am gerak g rumah Pah. Pah pun baru mandi so terus le dimekapkan. Gedebak gedebuk blu bla ble bla blu... pengapit pon nak mekap so terus je pas kat kula (perantis mekap ZZC). Alhamdulillah 1.30 Pah pon dah lebih dari siap terus naik pelamin bersama jejaka idaman hati :) 

Kami bertolak balik ke KL pukul 5 ptg. Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi pukul 7.30mlm. Fuuhhhh..... lega. Alhamdulillah semua selamat! Itu lah dia seba sedikit pengalaman kami out-station ke Jerantut. Terima kasih kepada Zalifah & Fadzly sekeluarga di atas layanan mesra & makan sedap-sedap, penginapan 1st class... TQVM babe!!!