COPYRIGHT RESERVED
ALL OF THE PHOTOGRAPH HEREIN, UNLESS OTHERWISE NOTED, ARE COPYRIGHTED BY THE BLOG OWNER. NO PART OF THIS SITE, OR ANY OF THE CONTENT & PHOTO CONTAINED HEREIN, MAY BE USED OR REPRODUCED IN ANY MANNER WHATSOEVER WITHOUT EXPRESS PERMISSION OF THE COPYRIGHT HOLDER(S).

Followers

Tuesday, July 27, 2010

Piliih kain bersama F & Z @ Jakel, KL

Kain lace rona champange pilihan Farha
Rona powder blue
Mana satu nak pilih ni...

yang ni cantik yang...
Nice & cute couple... Farha & Zukri

Salam semua!
Dah lama tak jalan jalan cari material ngan client.
U all tau tak saya ada servis jom pilih kain sama-sama kalau u all ada buat tempahan sewa baju baru? Haaa... ni yang nak bgtau ni... Selalu cari material di Jakel, KL. Ada juga yg leave it to me to choose the material, but if u guys nk pilih, bole je sama-sama g beli kain.

Hari tu, 11 Julai hari Ahad (lama dah buat appointment, maklumla bz mengalahkan PM kan... he he) saya & couple Farha & Zukri bertemu janji la di Jakel, KL. 'TING' terbuka je pintu lift kat tingakt 3 tu, terus nampak dah muka Kak Umi, sales person aka akak potong kain yg saya selalu deal... so terus la we all meninjau2 koleksi kain yg punya la banyak... sampai tak tertengok kat Jakel tu. Untuk side Farha pilihan warna temanya ialah champange dan Zukri pula powder blue (ala blue ala2 nak ke silver tu...)

Farha punyer pilihan, ok la... senang jugak nak cari... Tapi paling pening nak cari warna pilihan Zukri... haaa... tu la pilih lagi warna pelik-pelik. Hampir 3 jam la kami bersapau di Jakel. Pilih punya pilih akhirnya tercapai juga kata putus... kain dipotong, harga dibayar, design baju pun dah confirm, kami pun pulang... Kak Umi, terima kasih kerana melayan kerenah kami selama 3 jam... he he... tak pe ek kak, komisyen masyukkkk!!

Farha & Zukri, jangan risau, saya sure those kain yang kita choose tu tentu malatoooppp bila dah siap nanti... Insya-Allah.

Kepasa sesiapa yang nak buat baju kahwin tu, bole la hubungi saya... kami menyediakan perkhidmatan tempah sewa baju baru & korang semua berpeluang turut serta memilih material... Hanya di ZZC

p/s nanti saya share design baju diorg ek :)

2 comments: